Gulai Ayam Kampung


Masak gulai ayam kampung untuk lauk sahur pagi ni.

Guna resepi mak mentua K.Am (rakan sekerja). Sejak dapat resepi  drpd k.Am ni, asal nak buat kari ayam @ daging mmg guna resepi ni.

Gulai ni bukan saja sedap dimakan dengan nasi, tp sangat sesuai digandingkan dengan roti, katupat ataupun lemang. Memang masuklah...


Gulai Daging/Ayam/Tulang
By Shikin
Resepi : Mak mertua K.Am

Bahan2

Untuk Tumis :-
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 kuntum bunga lawang
5-6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
1 bungkus rempah kari
15 tangkai cili kering
11/2 inci halia
8-9 ulas bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Lain
1/2 ekor ayam (saya guna ayam kampung)
11/2 cawan santan
2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih)
Ubi kentang (potong 4)
Garam secukup rasa
1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak
Minyak untuk menumis
Air

Satu bekas pos ke rumah mak untuk sahur pagi tadi

Cara-Cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan pula ayam dan kentang. Gaul sebati.
  • Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.(Boleh tambahkan air, jika perlu)
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.
Tips dan petua :
Ayam dibasuh dengan cuka dan garam
Goreng ayam terlebih dahulu
Masukkan ayam masa pecah minyak
Masak dengan api perlahan 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu