Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Sandwich Sardin

Imej
Sesekali layan sandwich sardin macam ni best jugak.  Alkisahnya saya buat sandwich ni untuk menghabiskan stok sardin dan mayonis yang dekat nak expired. Rasanya benda yang paling mudah nak buat sandwich la. Tak perlu ambik masa yang lama. Intinya saya masak siap-siap waktu malam, jadi bangun pagi tinggal nak prepare roti saja. Sapu butter, mayonis,, letak inti. Dah siap...Tak de timun, salad bagai. Simple jer... Dapatlah Aiman bawa bekal ke sekolah dan tinggal kan sikit untuk en. suami kat rumah. Selebihnya saya bawa ke tempat kerja. Sandwich Sardin by Shikin Bahan-bahannya Roti Putih (saya guna roti gardenia) Inti Sardin Mentega/Marjerin Mayonis Salad, Timun, Tomato (Optional) Cara-cara Ambil 2 keping roti, sekeping disapu butter, sekeping lagi sapu mayonis. Kemudian sapukan inti sardin ke atas roti yang telah di sapu mayonis. Letak daun salad dan hirisan timun dan tomato (sekiranya ada) Letakkan roti yang disapu mentega diatasnya. Kalau nak potong, potonglah ikut bentuk

Pes Sardin

Imej
Kalau nak makan sandwich sardin inilah cara yang saya gunakan untuk buat intinya. Selalunya saya akan masak sardin tu dengan beberapa bahan yang lain untuk mengurangkan rasa kesardinannya. Pernah juga buat inti yang tidak dimasak, cuma gaul dengan bahan-bahan tertentu seperti hirisan bawang, cili dan perahan air limau nipis. Tapi rasanya saya prefer inti yang macam ni lagi... Pes Inti Sardin by Shikin Bahan-bahannya 1 tin sardin (terpulang jenama apa yang disukai) 3 sudu besar cili kisar 1 biji bawang besar - potong dadu 1 biji cili merah - hiris dan cincang 2-3 biji cili padi (optional) - hiris halus 1 biji limau nipis Garam Cara membuatnya Tuang sardin kedalam pinggan. Buang tulangnya. Lenyek sampai hancur. Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sardin yang telah dilenyek beserta kuahnya sekali. Kacau sebati. Masukkan pula hirisan cili merah, cili padi dan garam secukup rasa. Apabil

Sambal Tumis Ikan Temenung

Imej
Sesekali layan sambal tumis macam ni pun sodap jugak.... Sambal Tumis Ikan Temenung (Kembung) by Shikin Bahan-Bahan 5 ekor ikan temenung - Bersihkan, kelar dan letak garam kunyit. 2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar) 1 biji bawang besar - potong bulat (optional) Sedikit daun sup/daun bawang (optional) 1 keping asam gelugur Sedikit air Garam dan gula secukupnya Minyak untuk menggorng dan menumis Cara-cara membuatnya Ikan tu goreng ikan sampai masak. Letak tepi. Kemudian tumis cili kisar.  Tunggu sehingga cili bertukar warna atau naik minyak. Kacau sekali sekala. Masukkan pula  asam keping, garam dan gula. Kacau sebati. Tuangkan sedikit air. Kacau lagi. Rasa kuahnya. Kalau ok boleh letak ikan. Kemudian balik-balikkan ikan supaya sambalnya meresap dan sebati dengan ikan. Bolehlah masukkan hirisan bawang besar.  Setelah siap hiaskan dengan baun sup/bawang dan hidangkan.

Puding Keju (Original)

Imej
Buat lagi puding keju yang memang meletop rasa dia.  Kali ni saya buat yang original. Tak de campur serbuk koko bagai sebab nak bagi dekat abah saya. Abah tak berapa gemar masakan yang ada koko/coklat . Abah saya memang suka dengan puding ni sebab rasanya yang lemak-lemak gitu. Saya dan en. suami pun suka. Sangat sesuai dihidangkan sebagai dessert atau untuk minum petang. PUDING KEJU by Shikin resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram Saiz 8" persegi BAHAN2: 13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm) 1 liter Air (guna 800ml air sahaja) 120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm) 3 biji Telur 120-150g Biskut Cheese - blend halus 1 sb Tepung Kastad 400ml Susu Cair 200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm) 50g Mentega CARA2: Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu. Masukkan gula & kacau sehingga sebati. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan su

Puyuh Goreng Black Pepper

Imej
Selalu makan ayam, sesekali try burung pulak. Sedap juga bila dimasak black pepper. Tapi kalau masak sambal rasanya lagi sedap kot. Sebab orang dalam rumah ni semuanya hantu sambal he he... Jom tengok resepi... Puyuh Goreng Black Pepper By Shikin Bahan-bahannya 2 ekor burung puyuh - bersihkan dan potong ikut kesesuaian 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 1 inci halia 1 biji bawang besar 1 biji cili merah - dihiris (saya tak letak sebab tak de stok) 1/2 cawan sos lada hitam 1 sudu kecil serbuk lada hitam - tambah jika nak lebih rasa lada Sedikit air 2 biji kentang - potong persegi dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit Garam dan serbuk kunyit secukupnya Minyak untuk menggoreng dan menumis Cara Membuatnya Gaul burung puyuh bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya Panaskan minyak. Goreng kentang sehingga masak. Kemudian goreng pula burung puyuh. Ketepikan kedua-duanya. Asingkan minyak bekas gorengan tadi. Tinggalkan sedikit d

Kek Batik Coklat

Imej
Kek batik coklat ni antara himpunanan resepi-resepi saya yang berhabuk dalam folder draft. Tak sempat-sempat nak mencuba. Asal nak buat, ada saja halangan yang mendatang.  Ni baru ada kesempatan.  Proses membuat kek ni macam kek batik yang lain. Cuma beza yang ini biskut tak digaul sekali tapi dilapis-lapis dengan bancuhan coklat. Rasa renyah jugak sebenarnya nak melapis sebab coklat tu kurang pekat dan kena diratakan sebelum dilapiskan dengan biskut. Tapi  bila tengok hasilnya memang mengujakan.  Nampak bersememeh sikit bila dah dipotong-potong sebab coklatnya mudah cair bila dikeluarkan daripada peti sejuk.  Sekali buat, cepat jer laku nya. Masakan yang ada based coklat kat umah ni memang cepat habis  sebab ramai peminat... Resepi ni saya copy dari dapur Hasue, di mana resepi asalnya dari Mylla.Saya tempek pulak kat sini untk rujukan masa depan Kek Batik Coklat By Shikin   Resepi Asal : Mylla@myresipi.com Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com Bahan-bahan: * 2

Mee Rebus

Imej
Mee rebus ni saya masak untuk acara makan2 besar sempena CNY keluarga baru-baru. Cuti panjang, adik beradik berkumpul, apa salahnya dihidang dengan sesuatu yang istimewa kan.  Seronok bila berkumpul ramai-ramai. Banyak benda yang nak dibualkan.Lagi seronok bila juadah yang dihidangkan mendapat sambutan yang menggalakkan. Resepi daripada rakan sekerja saya, k.shidah. Dah pernah buat dulu. Saya letak sekali lagi kat sini Mee Rebus by Shikin Bahan-Bahan Mee Mee kuning secukupnya - celur dan tos Kuah 3 biji bawang holand - hiris 2 batang saleri - potong halus Sup bunjut 3 keping asam gelugur 1 kg keledek 1/2 kg kentang 1 kg tulang 1/2 kg daging Garam dan gula secukupnya Rempah-ratus Rempah tumis 4 sekawan - secukupnya 1/2 cawan sos cili 1/2 cawan sos tomato 1/4 cawan kicap 1/4 cawan sos tiram 1/2 cawan cili kisar Untuk hiasan Tauhu - goreng dan hiris nipis Tauge - celur seketika ili merah - dihiris Daun su

Jagung Rebus

Imej
Saja nak tayang jugak gambaq jagung rebus ni dalam Dapur Ummi. Ekceli tinggal gambar je la... sebab jagung dan tongkol-tongkolnya dah selamat masuk dalam perut tong sampah . Jagung rebus kat rumah ni memang cukup laku, dari anak sampailah ke bapak anak, semuanya suka. Kalau takat rebus 4, 5 tongkol tu sekali hadap je lah. Oh ya, jagung ni saya beli kat nat hari Jumaat lepas. Bukan yang en. suami tanam ye sebab yang dia tanam tu baru berkembang mekar. Seminggu lagi boleh petik kot...

Laksa Kedah Cheq Sue

Imej
Buat laksa kali ni guna resepi Cheq Sue.  Agak lain sikit sebab resepi dia tumis dulu berbanding resepi selalu yang pakai rebus aja. Satu kelainan juga sebab dalam resepi ni dia guna udang geragau bagi saya lah.... Tapi bila tengok step by step yang cheq sue ajar tu nampak menarik aja, why not give a try dak??? Bahan-bahan pun senang nak dapat. So, buat aje lah. He he...saspens gak.. Macam mana lah rupa laksa saya kali ni  sebab yang hari tu rupanya pucat sikit teguran daripada encik suami . Tapi bila dah siap Alhamdulillah, sangat sukses menurut perkiraan saya lah.   Dan yang paling bestnya bila cik abang puji kata sedap. Siap tambah lagi tu... Ok, jom kita tengok resepinya... (sebab ikan saya tak sampai sekilo, bahan-bahan yang lain tu ejas ikut kesesuaian lah) Laksa Kedah Cheq Sue by Shikin Bahan-bahannya 1 kg ikan selayang / sardin - direbus (saya guna ikan kembung@temenung) 1 cawan udang kepal - dibasuh dan ditumbuk lumat. (saya blend aja) 30-40 tangkai cili kering - ren

Masak Lemak Ketam Dengan Nenas

Imej
Memanfaatkan hujung minggu di rumah selalunya kat kampung , saya dan suami ke Nat Tok Jalai mencari lauk untuk santapan tengahari.  Keluar dari rumah memang bercadang nak cari ketam. Alhamdulillah, jumpa. Kami beli sekilo. Ketamnya taklah besar sangat. Adalah dalam 15 ekor. Tercapailah hajat nak masak lemak ketam dengan nenas.  Ok, jom kita tengok bahan-bahannya... Masak Lemak Ketam Dengan Nenas By Shikin Bahan-Bahannya 1 kg ketam - bersihkan 1 biji nenas sederhana besar - buang kulit dan matanya. Potong ikut kesesuaian. 5 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1 inci halia* 5 biji cili merah* (bahan bertanda * dikisar sehingga halus) 3 batang serai - dititik Santan secukupnya daripada sebiji kelapa - asingkan patinya Cara-Cara Membuatnya Masukkan bahan-bahan kisar , serai dan nenas didalam periuk. Panaskan api, masak sehingga air nenas keluar dan sebati bersama bahan-bahan kisar. Masukkan pati santan, masak lagi. Masukkan ketam, gaul sehingga sebati . Masukkan pula santan

Mee Sanggul Goreng

Imej
Menu ulang tayang. Sebenarnya tayang gambar jer sebab dah habis makan pun. Buat minggu sudah lagi, tapi tak sebab nak  upload. Sajalah nak buat entry bagi memeriahkan blog yang dah suam-suam kuku ni... Virus M dah menyerang. Kena makan vitamin R banyak-banyak ni untuk meningkatkan energy. Resepi tengok kat bawah Mee Sanggul Goreng by Shikin @ Dari Dapur Ummi 1 peket mee sanggul - rendam seketika 2 ulas bawang putih - diketuk 4 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar kicap manis garam dan gula secukup rasa sawi udang,ayam, sotong ( apa shj yang difikirkan sesuai, tapi kali ni saya letak ayam dan fishball) 2 biji telur ayam ( tak nak letak pun tak per) minyak untuk menumis Cara-cara membuatnya panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga naik bau masukkan cili kisar, kacau seketika masukkan sos,kicap serta garam dan gula secukupnya masukkan ayam dan fishball.